Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2019

Saf kanak-kanak

Imej
Assalamualaikum, sekarang ini tular mengenai hukum saf kanak-kanak di media sosial, maka Lajnah atTa'lim wa atTarbiyyah Pusat Pengajian alQuran AlFarihin Alor Pongsu ingin menaqalkan pencerahan yang telah ditulis oleh Ustaz  Khafizd bin Soroni bagi memberi penjelasan terhadap masalah ini Soalan: Sekarang ni di masjid-masjid timbul isu berkaitan kedudukan anak-anak dalam saf ketika solat berjemaah. Boleh bantu beri pandangan? Jawapan : بسم الله وبه نستعين 1. Asalnya masyarakat telah pun sedia mengikut apa yang telah diajarkan oleh para ulama kita mazhab Syafii, mengikut sepertimana yang telah dihuraikan dalam kitab-kitab besar fiqh Syafii. Namun, lama kelamaan apabila setengah kita makin jauh dari mendalami ilmu & mempelajari kitab-kitab besar mazhab Syafii ini, kita mula keliru apabila ada golongan yang datang kemudian gemar mengatakan “ini sunnah”, “ini bidaah”. Sedangkan di dalam kitab2 itu telah pun diterangkan secara terperinci hukum hakamnya, mana yang

Siapakah golongan Khunsa?

Faedah daripada kitab Kasyifatus Saja' mengenai permasalahan Khunsa. Imam Abu bakar Ibn Abdur Rahman As-sibti mengatakan bahawa khunsa ini adalah orang yang mempunyai kemaluan lelaki dan kemaluan perempuan, tidak lewat daripada keduanya itu ciri ciri lelaki atau perempuan, maka diketahui dengan beberapa keadaan : Pertama : Cara membuang air kecil yakni Kencing, jikalau dia kencing daripada zakarnya maka dia seorang lelaki, jika di kencing daripada faraj maka dia perempuan, dan jikalau dia sering kencing daripada kedua duanya maka berkata Imam Ibn Sabbagh dan juga Imam Mahamili "Di kirakan mana yang lebih dahulu keluar (yakni zakar atau faraj yang kencing dahulu) jika dua dua keluar sama maka dikira kan apa yang paling lambat terputus nya kencing, jikalau sama jugak berhenti nya adakah dihitung dengan banyak kadar air kencing nya? Pada di sini ada dua Qaul. Qaul yang asoh mengatakan tidak dikira kan. Kedua : daripada keluarnya mani, haidh atau mengandung. Jikalau dia kelu