Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019

KEHIDUPAN YANG SEBENAR

عيش A'isyun yang bermaksud secara bahasa adalah kehidupan atau eksis dan secara istilah bahawasanya dalam kehidupan kita memerlukan kepada makanan, minuman dan kasih sayang dan yang lainnya. Ianya merangkumi zahir dan batin atau jasmani dan rohani itulah maksud Hidup. Tanpa semua perkara yang disebut ianya belum sempurna dan ianya tidak dinamakan kehidupan. Oleh kerana itu lengkapi lah hidup anda dengan maksud sebenar kehidupan. Kehidupan di dunia juga mempunyai tujuan. Persoalannya apakah tujuan hidup? Tadi kita membicarakan maksud kehidupan tetapi sekarang kita ingin membicarakan tentang tujuan hidup? Mana hala tuju kehidupan kita di dunia ini? Firman Allah SWT dalam surah Ad-Dzariyat ayat ke 56 : وَ مَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَ الْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ " Dan (ingatlah) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepadaKu." Didalam ayat ini Allah swt memberikan khususiyat kepada umat Jin dan Manusia untuk beribadah kepadaNya

KELEBIHAN MEMBACA BASMALLAH SEBELUM TIDUR

Imej
KELEBIHAN MEMBACA BASMALLAH و من خواص البسملة أن من قرأها عند النوم إحدى و عشرين مرة أمن في تلك الليلة من الشيطان الرجيم و من شر الإنس و الجن و السرقة و الحريق و موت الفجأة و يدفع عنه كل بلاء و  - غاية المنى شرح سفينة النجا " Dan daripada kelebihan baca bismillah , sesungguhnya siapa yg baca waktu nak tidur sebanyak 21 kali nescaya dia akan selamat pada malam itu daripada kejahatan syaitan yg direjam dan kejahatan manusia serta jin dan terselamat dari segala kecurian dan kebakaran dan terselamat juga dari mati secara tiba²(mengejut)  dan dihindar darinya semua bala' dan penyakit". Petikan di atas kami ambil daripada kitab GHAYATUL MUNA BISYARHI SAFINAH AN NAJAH. Kitab safinah An Najah di karang oleh Syeikh Salim Sumair seorang Ulama hebat di Yaman. dikeluarkan oleh Lajnah Tarbiyah Pusat Pengajian AlFarahain Alor Pongsu https://pusatpengajianalfarahain.blogspot.com/2019/10/paqaf-pusat-pengajian-alquran.html?m=1

NABI BOIKOT EKONOMI YAHUDI

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الامين سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم وآله وصحبه وسلم Assalamualaikum, InsyaAllah pada kali ini pihak Pusat Pengajian AlFarahain akan memetik tulisan ringkas dr sanusi berkenaan Nabi memboikot ekonomi Yahudi. Ini kerana banyak persoalan yang kami terima dari masyarakat. Moga-moga tulisan Dr Sanusi ini menjadi jawapan yang kukuh kepada sesiapa yang masih keliru dan memerlukan penjelasan. NABI PUN BOIKOT Promosi Boikot ============  1. Rasulullah pernah mengenakan tekanan ekonomi terhadap Quraysh yang menzalimi Islam. Ketika Quraysh mendustakan Rasulullah dan memerangi Islam, Baginda berdoa kepada Allah supaya Quraysh diuji dengan kekeringan sumber dan tekanan ekonomi. Baginda Nabi berdoa: اللهم أعني عليهم بسَبعٍ كسَبعٍ يوسفُ . فأصَابَتْهُم سنةٌ حَصَدَتْ كلَّ شيءٍ حتى كانوا يأكلونَ المَيْتَة “Ya Allah, bantulah daku dengan menimpakan sesuatu ke atas Quraysh seperti kemarau tujuh tahun yan